Pertolongan Cemas

Tujuan

  • menyelamatkan nyawa
  • mengurangkan penderitaan
  • mencegah kecederaan daripada menjadi lebih parah.

Rawatan ABC
A : Airway – mangsa dapat bernafas
B : Breathing – beri pemulihan pernafasan
C : Circulation – beri tekanan jantung (*CPR) jika denyutan jantung menjadi lemah.

*CPR : cardio pulmonary resuscitation

Digonisasi

  • mendapat maklumat seperti tanda-tanda gejala yang berguna untuk menentukan kecederaan.
  • memeriksa dari kepala hingga bahagian kaki hendaklah dilakukan dengan teliti untuk memastikan rawatan yang diberi adalah tepat.

Kain Pembalut Segi Tiga
Kain pembalut segi tiga ialah kain pembalut yang sangat berguna untuk pertolongan cemas kerana ia senang dibuat atau diperbaiki. Biasanya kain pembalut ini dibuat daripada kain belacu putih tetapi sebarang kain pun boleh digunakan. Skarf pengakap boleh digunakan sebagai pembalut segi tiga. Pembalut ini digunakan bagi mengampu bahagian yang cedera, menahan darah keluar, membalut bahagian yang patah atau tercedera dan menolong mengangkat pesakit.
    Kain-kain pembalut yang telah digunakan, hendaklah dibasuh, digosok dan kemudian dilipat dan disimpan dalam kotak pertolongan cemas. Saiz pembalut segi tiga boleh diubah suai mengikut kesesuaian penggunanya.

Kegunaan Pembalut Segi Tiga

Pembalut Terbuka

  1. Untuk anduh tangan dan anduh segi tiga.
  2. Menetapkan pembalut pada kulit kepala, dada, perut, tangan, kaki, siku, lutut, bahu dan pinggang.
  3. Mengipas orang yang tercedera.

Pembalut Lebar

  1. Menetapkan anggota-anggota yang patah supaya tidak berganjak.
  2. Mengikat anggota-anggota bawah jika ada yang patah.

Pembalut Kecil

  1. Menetapkan anggota-anggota yang patah supaya tidak berganjak.
  2. Menetapkan kain tutup supaya tidak berganjak.
  3. Menekan untuk menahan darah.

Mengikat Pembalutan
Pembalutan hendaklah diikat dengan simpul buku sila. Simpul buka sila tidak terlucut, rata dan kemas dan ia juga senang dibuka. Apabila mengikat hendaklah kiri di atas kanan, kanan di atas kiri. Semua pembalut hendaklah kemas dan hujungnya diselit ke dalam.

MERAWAT KECEDERAAN RINGAN / TINDAKAN KECEMASAN

Pitam dan Pengsan
Pitam dan pengsan (hilang kesedaran) adalah disebabkan :

  1. Udara tidak dapat berkisar dengan betul.
  2. Terlalu lapar atau terlalu kenyang.
  3. Mendapat berita yang mengejutkan.
  4. Darah keluar terlalu banyak.
  5. Melihat kejadian ngeri.
  6. Mencium bau yang busuk.
  7. Kekurangan oksigen dalam darah apabila pernafasan tergendala.
  8. Kekurangan darah dalam otak.
  9. Berpanas terlalu lama.
  10. Otak tercedera.

Gejala-gejala

  1. Muka menjadi pucat.
  2. Berasa pening dan sakit.
  3. Denyutan nadi menjadi lemah.
  4. Bernafas dengan deras.

Rawatan

  1. Longgarkan pakaian pada bahagian leher, dada dan pinggangnya.
  2. Beri udara bersih dengan mengipasnya

Komunikasi

ISYARAT WISEL

Petunjuk :
             .  bermaksud isyarat cepat
             _ bermaksud buat isyarat dengan perlahan dan panjang

Beberapa kes isyarat wisel:

_______ diam, sedia, ada isyarat hendak disampaikan.
. . . . . . semua ahli berkumpul
_ _ _ _ _ semua bersurai, atau bergerak jauh lagi
. _ . _ . _ terdapat kebahayaan, semua ahli berhati-hati

ISYARAT SUAR, ASAP (FLARES)
Asap yang dibebaskan biasanya mempunyai makna. Maknanya disampaikan mengikut warna. Biasanya,

Merah : meminta pertolongan
Putih : roger, iaitu maklumat diterima dan difahami
Hijau : pulang ke tapak perkhemahan
Kuning : lokasi tapak perkhemahan

ISYARAT ANTARABANGSA
Isyarat ini biasanya adalah isyarat yang diberikan ke udara dari darat. Akan tetapi, pengunaannya juga boleh dipraktikkan dalam darat ke darat jika sedikit kreativiti ditambahkan.

               | Perlukan doktor, cedera parah               N      Tidak
               || Perlukan bekalan perubatan               Y Ya
              X Tidak dapat teruskan             _| |_      Tidak difahami
              F Perlukan makanan dan air            LLL Operasi selesai    
             [ ]
         (square)
Perlukan kompas dan peta            LL
           ““
(double L with line below)
Semua anggota dijumpai
             –>
         (arrow)
Sedang menuju ke arah ini            -|-|- Beberapa anggota sahaja dijumpai
            A
        (triangle)
Selamat mendarat     /|\
__/_    (one line with two
            arrows spliting out)
    \
    \|/
Kami berpecah dua, menuju ke
arah anak panah
           LL Semuanya baik            NN Tidak jumpa apa-apa, akan terus cari

Alam Sekitar

 

(A)      BERIKAN TAKRIF KONSERVASI-
“PENGUNAAN YANG BUAK TERHADAP SUMBER ALAM SEKITAR”

(B)      APAKAH GUNANYA AMALAN KONSERVASI SEWAKTU PERKHEMAHAN?
SUPAYA SUMBER ALAM SEMULA JADI/ SEKITAR DAPAT DIGUNAKAN DENGAN BAIK TANPA MENGHADAPI KEPUPUSAN/KEBAHAYAAN DI SAMPING KESEJAHTERAAN/KEPERLUAN MANUSIA MASIH DIKEKALKAN.

(C)      BERIKAN SATU CARA MENGAMALKAN LANGKAH KONSERVASI SEWAKTU PERKHEMAHAN

  • MENJAGA KEBERSIHAN TAPAK PERKHEMAHAN
  • JANGAN MEROSAKKAN SUMBER ALAM SEMULAJADI SECARA SENGAJA
  • AMBIL DAN GUNAKAN SUMBER SEMULAJADI YANG PERLU SAHAJA, ELAKKAN PERMBAZIRAN
  • MENGAWAL SAIZ UNGGUN API
  • MEMBURU / MEMAKAN BINATANG DALAM KUANTITI YANG PALING MINIMUM / DIPERLUKAN SAHAJA
  • MEMBUNUH BINATANG LIAR HANYA APABILA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI

Ikthiar Hidup

Takrifan Ikhtiar Hidup:
“USAHA UNTUK TERUS HIDUP DALAM SUATU KEADAAN GENTING”

Peralatan paling asas dalam keadaan ikhtiar hidup

  1. Pisau/parang – tujuan memotong, mempertahankan diri, am.
  2. Mata pancing – menangkap ikan, sumber makanan(protein)
  3. Tali pancing – menangkap ikan dan kerja mengikat
  4. Mancis/pemetik api – masak, haba, cahaya
  5. Garam – gantikan mineral badan yang hilang

Konsep mencari makanan dengan tujuan pemakanan (taste test)

  • CIUM @ HIDU
    Potong sampel yg diuji. Renyuk hingga hancur. Cium bau menerusi deria bau, otak membuat penilaian/tindak balas yg berbau busuk atau tengik mungkin beracun/berbahaya dan memabukkan.
  • GATAL KULIT
    Kalau tiada bau tengik, sapukan sampel tadi pada kulit yang lembut seperti lengan/perut. Gosok selama 15 minit. Sekiranya gatal atau miang, tumbuhan itu mungkin beracun.
  • BIBIR, LIDAH, MULUT
    Seterusnya lakulan ujian dengan deria rasa bibir, lidah & mulut. Tumbuhan tadi yg dilenyakkan diletak terus pada bibir sahaja. Sekiranya tiada kesan tidak senang, barulah dikunyah lalu dikemam 10 minit. Jika terasa loya, panas, gatal, luahkan sampel itu.
  • MENELAN (LALU MEMAKAN SELEPAS 3 JAM)
    Sekiranya ujian-ujian tadi tidak menunjukkan tanda bahaya, telanlah dalam kuantiti sedikit, dan tunggu 3 jam sebagai reaksi sistem pencernaan anda. Jikalau selepas 3 jam anda berasa pening kepala, sakit perut, muntah-muntah, demam dan cirit-birit, maka, sampel tadi tidak harus dimakan. Jika tiada kesan negatif, makanan itu selamat dimakan selepas direbus.

Biasanya, dalam keadaan ikhtiar hidup, seseorang akan berasa takut, antara ketakutan yang timbul ialah:
–   Bimbang/takut akan perkara yang akan berlaku seterusnya
–   Takut kepada ancaman hidupan liar
–   Takut kepada ketiadaan sumber makan dan minum
–   Takut kepada persekitaran itu sendiri
–   Takut kepada benda yang aneh, tidak pernah lihat atau ditemui(makhluk halus, jin, hantu dll)

Untuk mengatasi ketakutan, seseorang bolehlah:
–   Berdoa kepada Tuhan
–   Bertekad untuk terus hidup, kemandirian

Dalam keadaan IH, seseorang akan memerlukan banyak keperluan untuk terus hidup. Antaranya:
–   Air
–   Rehat
–   Perlindungan
–   Makanan
–   Kecergasan
–   Psikologi, mental
–   Penjagaan dan rawatan

Sentiasanya, dalam keadaan IH, seseorang itu akan kekurangan bekalan air, antara cara yang bagus untuk mengelakkan kehilangan air ialah:
–   Banyak berehat
–   Bekerja hanya pada waktu malam
–   Kekalkan kesejukan badan dengan berehat di bawah teduhan
–   Bernafas melalui hidung
–   Jangan merokok
–   Jangan berbaring di atas tanah yang panas
–   Makan dalam kuantiti yang minimum
–   Elakkan makanan berlemak/alkohol

Pengetahuan Perkhemahan

Apakah asas dan motif suatu perkhemahan diadakan?
–   Membina semangat perpaduan di kalangan ahli
–   Memberikan latihan dan pendedahan kepada ahli
–   Memberikan ahli suatu peluang untuk menghayati suasana alam semulajadi jikalau perkhemahan itu diadakan di tepi pantai atau dalam hutan.
–   Memberikan ahli satu peluang untuk naik pangkat jikalau perkhemahan itu merupakan kem pertauliahan.

Apakah komponen-komponen yang terdapat dalam satu khemah?
Walaupun khemah rangka A atau jenis igloo, satu khemah biasanya mempunyai:
–   Tiang rangka
–   Pancang
–   Flysheet
–   Khemah
–   Beg khemah
–   Tali

Apakah syarat-syarat yang penting apabila ingin mendirikan satu tapak perkhemahan?
Antara syarat-syarat penting adalah:
–   Bentuk muka bumi dan salirannya
–   Jenis tanah
–   Iklim semulajadi
–   Jenis tumbuhan(tumbuhan yang reput)
–   Kemudahan asas (sungai, tandas, dll)
–   Keselamatan (serangan haiwan, anai-anai dll)

Simpulan dan Ikatan

Jenis-jenis Ikatan dan Simpulan


Buku Sila
Ikatan buku sila digunakan nutuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Tindih Kasih
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga.

Simpulan Himpit (Pengail)
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail dan menyambung tali yang licin.

Bunga Keti
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal.

Simpul Belit
Simpul belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang, dan mengikat tali khemah pada pasaknya.

Ikatan Balak

Ikatan ini digunakan bagi mengikat tali pada kayu atau batang yang besar supaya tidak licin.

Simpulan Manok
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.

Ikatan Seraya
Gunanya ialah bagi membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan simpulan manok kemudian lilitkan ketat-ketat. Matikan dengan simpulan manok juga.

Ikatan Serong
Ikatan ini digunakan untuk membuat jamabatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manok.

Ikatan Silang Gunting

Mulakan dengan simpulan manok pada sebarang kayu, kemudian belitkan pada kedua-dua batang kayu itu dengan ketat. Akhir sekali belitkan tali di celah kayu itu beberapa kali supaya lebih ketat. Ikatan ini ialah bagi membuat jambatan, menara, gejek dan menyambung kayu.

Ikatan Silang Tungku
Gunanya ialah bagi membuat

Sejarah Kadet Remaja Sekolah

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987  Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA  (PERWIRA) .Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.

 

     Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN  (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Sri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma’ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya,  sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan  kertas kabinet .  Jawatankuasa  ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA – PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagairnanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)

 

   Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah­-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada  KADET REMAJA SEKOLAH  ( KRS )  yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan  teiah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

Lagu KRS


Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal

Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan

Remaja, sambutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta

Remaja, hayati budaya
Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati, dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah

Logo

Pengertian Logo

  • Logo KRSPerisai melamgangkan bentang ketahanan diri daripada gejala tidak sihat
  • Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia
  • Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan diri serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
  • Buku yang terbuka dan renal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  • Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
  • Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
  • Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
  • Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

Selamat Datang….

Logo TKRS 

Selamat datang ke halaman web Tunas Kadet Remaja Sekolah dari Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan (IPTAA). Tunas Kadet Remaja Sekolah atau singkatannya TKRS merupakan salah satu badan unit berunitform yang dianggotai oleh guru-guru pelatih di IPTAA yang terdiri daripada pelbagai kaum.

PENGGAL PERSEKOLAHAN SESI 2008

Kumpulan B
Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Penggal
Cuti dan Hari Persekolahan
Mula
Akhir
Hari
I
Hari Persekolahan
03.01.2008 07.03.2008
47
Cuti Pertengahan Penggal 08.03.2008 16.03.2008
9
Hari Persekolahan 17.03.2008 23.05.2008
50
Cuti Pertengahan Tahun 24.05.2008 08.06.2008
16
II
Hari Persekolahan 09.06.2008 15.08.2008
50
Cuti Pertengahan Penggal 16.08.2008 24.08.2008
9
Hari Persekolahan 25.08.2008 14.11.2008
60
Cuti Akhir Tahun 15.11.2008 04.01.2009
50
Jumlah
291
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
207
Jumlah Hari Cuti Penggal
84