Ikthiar Hidup

Takrifan Ikhtiar Hidup:
“USAHA UNTUK TERUS HIDUP DALAM SUATU KEADAAN GENTING”

Peralatan paling asas dalam keadaan ikhtiar hidup

  1. Pisau/parang – tujuan memotong, mempertahankan diri, am.
  2. Mata pancing – menangkap ikan, sumber makanan(protein)
  3. Tali pancing – menangkap ikan dan kerja mengikat
  4. Mancis/pemetik api – masak, haba, cahaya
  5. Garam – gantikan mineral badan yang hilang

Konsep mencari makanan dengan tujuan pemakanan (taste test)

  • CIUM @ HIDU
    Potong sampel yg diuji. Renyuk hingga hancur. Cium bau menerusi deria bau, otak membuat penilaian/tindak balas yg berbau busuk atau tengik mungkin beracun/berbahaya dan memabukkan.
  • GATAL KULIT
    Kalau tiada bau tengik, sapukan sampel tadi pada kulit yang lembut seperti lengan/perut. Gosok selama 15 minit. Sekiranya gatal atau miang, tumbuhan itu mungkin beracun.
  • BIBIR, LIDAH, MULUT
    Seterusnya lakulan ujian dengan deria rasa bibir, lidah & mulut. Tumbuhan tadi yg dilenyakkan diletak terus pada bibir sahaja. Sekiranya tiada kesan tidak senang, barulah dikunyah lalu dikemam 10 minit. Jika terasa loya, panas, gatal, luahkan sampel itu.
  • MENELAN (LALU MEMAKAN SELEPAS 3 JAM)
    Sekiranya ujian-ujian tadi tidak menunjukkan tanda bahaya, telanlah dalam kuantiti sedikit, dan tunggu 3 jam sebagai reaksi sistem pencernaan anda. Jikalau selepas 3 jam anda berasa pening kepala, sakit perut, muntah-muntah, demam dan cirit-birit, maka, sampel tadi tidak harus dimakan. Jika tiada kesan negatif, makanan itu selamat dimakan selepas direbus.

Biasanya, dalam keadaan ikhtiar hidup, seseorang akan berasa takut, antara ketakutan yang timbul ialah:
–   Bimbang/takut akan perkara yang akan berlaku seterusnya
–   Takut kepada ancaman hidupan liar
–   Takut kepada ketiadaan sumber makan dan minum
–   Takut kepada persekitaran itu sendiri
–   Takut kepada benda yang aneh, tidak pernah lihat atau ditemui(makhluk halus, jin, hantu dll)

Untuk mengatasi ketakutan, seseorang bolehlah:
–   Berdoa kepada Tuhan
–   Bertekad untuk terus hidup, kemandirian

Dalam keadaan IH, seseorang akan memerlukan banyak keperluan untuk terus hidup. Antaranya:
–   Air
–   Rehat
–   Perlindungan
–   Makanan
–   Kecergasan
–   Psikologi, mental
–   Penjagaan dan rawatan

Sentiasanya, dalam keadaan IH, seseorang itu akan kekurangan bekalan air, antara cara yang bagus untuk mengelakkan kehilangan air ialah:
–   Banyak berehat
–   Bekerja hanya pada waktu malam
–   Kekalkan kesejukan badan dengan berehat di bawah teduhan
–   Bernafas melalui hidung
–   Jangan merokok
–   Jangan berbaring di atas tanah yang panas
–   Makan dalam kuantiti yang minimum
–   Elakkan makanan berlemak/alkohol

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: