Simpulan dan Ikatan

Jenis-jenis Ikatan dan Simpulan


Buku Sila
Ikatan buku sila digunakan nutuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Tindih Kasih
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga.

Simpulan Himpit (Pengail)
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail dan menyambung tali yang licin.

Bunga Keti
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal.

Simpul Belit
Simpul belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang, dan mengikat tali khemah pada pasaknya.

Ikatan Balak

Ikatan ini digunakan bagi mengikat tali pada kayu atau batang yang besar supaya tidak licin.

Simpulan Manok
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.

Ikatan Seraya
Gunanya ialah bagi membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan simpulan manok kemudian lilitkan ketat-ketat. Matikan dengan simpulan manok juga.

Ikatan Serong
Ikatan ini digunakan untuk membuat jamabatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manok.

Ikatan Silang Gunting

Mulakan dengan simpulan manok pada sebarang kayu, kemudian belitkan pada kedua-dua batang kayu itu dengan ketat. Akhir sekali belitkan tali di celah kayu itu beberapa kali supaya lebih ketat. Ikatan ini ialah bagi membuat jambatan, menara, gejek dan menyambung kayu.

Ikatan Silang Tungku
Gunanya ialah bagi membuat

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: